Wednesday, August 31, 2011
GAMBAR INI AKAN BUAT UMNO GILA MEROYAN DI BULAN SYAWAL NI:
IPOH 1 Syawal 1432 ADUN Simpang Pulai YB Chan Ming Kai turut serta dalam majlis ziarah dan bertakbir dari rumah ke rumah di Taman Panglima Ipoh bersama dengan lebih 50 orang penduduk di sini. Chan Ming Kai berpakaian baju Melayu bersongkok telah bersama dari awal hingga ke 12 rumah terakhir.
Tuan rumah menyambut penuh mesra dengan tetamu istimewa wakil rakyat dari Keadilan ini yang turut serta dalam rombongan penduduk. Turut bersama anak-anak yang lebih ceria dengan duit raya yang diterima.
GILA!!!Bila Manusia Berperangai Macam Haiwan, Anak Kembar Daripada Ibu Yang Sama Tapi Ayah Yang Berbeza!!!
sumber
N'N:Bila manusia berperangai macam binatang....
Firman Allah S.W.T:
"perempuan-perempuan yang ditalak, hendaklah mereka beriddah tiga kali suci".
(Al-Baqarah : ayat 228)
Inilah hikmahnya orang Islam yang bercerai jika bekas isteri ingin berkahwin lagi dia misti menunggu iddah. Hikmah iddah ialah membersihkah rahim bekas Isteri daripada bekas Suami.
Islam itu agama yang sempurna.
Tuesday, August 30, 2011
TENGAH SEDAP KORANG MAKAN LEMANG DAN KETUPAT JANGAN DILUPA SAUDARA KITA NI:
Hulurkan bantuan kepada saudara kita di Somalia, samada berpuasa atau beraya mereka tetap terpaksa menahan lapar......
BERITA BURUK BUAT NAJIB SEMPERNA 1 SYAWAL: Menurut Kajian Merdeka Center, Populariti Najib Terus Menjunam....
Kajian terbaru Merdeka Center menunjukkan arah aliran populariti Najib terus mengalami penurunan daripada 72 peratus pada Mei 2010 kepada 69 peratus November lalu, 67 peratus pada Mac tahun ini dan seterusnya ke paras 65 peratus Mei lalu dan yang terbaru 59 peratus.
Kadar populariti Najib (gambar) pernah turun sehingga 56 peratus pada September 2009 — lima bulan selepas menjadi perdana menteri Malaysia yang keenam.
“Seramai 59 peratus rakyat Malaysia mengatakan bahawa mereka berpuas hati dengan prestasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dalam kajian (kali) ini enam peratus lebih rendah berbanding 65 peratus direkodkan pada Mei tahun ini,” kata firma kajian pandangan umum ini dalam satu kenyataan dikeluarkan tengah hari ini.
Kajian terbaru ini dikendalikan sebulan selepas perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara.
Pada Mei 2009, iaitu sebulan selepas menjadi perdana menteri, populariti Najib adalah 45 peratus dan ia melonjak kepada 65 peratus pada Jun 2009 sebelum menjunam ke aparas 56 peratus pada September tahun yang sama.
Pada Mac 2010, populariti meningkat semula kepada 66 peratus, 66 peratus pada Disember 2009, 69 peratus (Mac 2010) dan 72 peratus (Mei 2010).
Dari segi pecahan kaum, katanya, kajian menunjukkan 69 peratus responden masing-masing orang Melayu dan India dan 38 peratus kaum Cina melahirkan rasa puas hati dengan prestasi Najib, yang mengambil alih jawatan perdana menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Kajian kali ini, menurut Merdeka Center dikendalikan melibatkan 1,027 respoden, membabitkan pengundi berdaftar, antara 11 hingga 27 Ogos lalu. TMI
N'N:Mungkin tahun ini Hari Raya terakhir Najib sebagai PM.....
Monday, August 29, 2011
Gempar!!! Penduduk Temerloh Menyampah Dengan Bendera UMNO..
TEMERLOH, 28 Ogos:Pelbagai pihak kesal dengan Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) yang dilihat sengaja membiarkan bendera Umno dan BN serta pemidang yang digantung pada tiang lampu dan persimpangan sepanjang 12 kilometer dari mentakab ke Taman Kubang Gajah di sini.
Serentak dengan itu, mereka mendesak pihak berkuasa tempatan itu segera bertindak menurunkan bendera dan pemidang yang dipasang sempena menyambut kedatangan Datuk Seri Najib Tun Razak Rabu lalu itu.
Seorang penduduk Jafri Ramli, 45, dari kampung Batu Satu di sini berkata bendera Umno dan BN yang di pasang sepanjang jalan itu bukan saja sangat menjolok mata tetapi juga menghalang pandangan pengguna jalan raya terutama di pusingan “U”.
"Beberapa tempat u-turn sepanjang jalan Mentakab ini terhalang pandangan akibat bendera Umno yang banyak, sebab itu saya minta MPT segera tanggalkan kerana ia mengganggu lalu lintas yang sibuk tambahan sempena orang ramai balik raya ini dan mencacatkan pandangan.
"Lagi pun jika yang dipasang sepanjang jalan itu bendera Malaysia, itu kita boleh katakan sambutan merdeka tapi bila bendera Umno dibiarkan terus sedangkan majlis bersama Perdana Menteri sudah empat hari berlalu, itu menampakkan seolah-olah MPT ejen Umno,”katanya kepada Harakahdaily.
Rabu lalu, Najib yang diiringi isterinya Rosmah telah bertemu pemimpin BN di pejabat Umno Temerloh sebelum hadir ke majlis berbuka puasa bersama pemimpin Umno seluruh Pahang dan penduduk tempatan di Taman Kubang Gajah, di sini.
Bagaimanapun program politik Umno bagi menyampaikan kempen pilihan raya umum (PRU) itu turut dijayakan oleh agensi kerajaan.
Shaari Saad, 39, dari Temerloh Jaya pula kesal kerana pihak MPT seolah-olah ‘double standard’ dalam tugasnya walaupun sudah berkali-kali beliau minta bendera Umno diturunkan.
“Jika bendera parti lain tergantung di tepi jalan saja pihak MPT akan segera merentapnya turun. Tapi bila bendera Umno sengaja dibiarkan dan seolah-olah untuk berkempen. Sedangkan sekarang belum lagi diisytiharkan pilihan raya dan sudah tentu ada pihak yang merasa tidak selesa.
“Saya sendiri telah berkali-kali menghubungi pejabat MPT meminta supaya diturunkan bendera Umno dan BN itu. Tetapi setakat ini tidak dilayan. Mereka perlu sedar bahawa tiang-tiang lampu dan persimpangan jalan itu merupakan harta awam, bukannya milik Umno,” tegasnya.
Sementara itu Yang Di-Pertua PAS Kawasan Temerloh, Haji Jusoh Darus yang diminta mengulas isu ini, berkata selain MPT sepatutnya Umno sendiri perlu bertanggungjawab.
“Janganlah Umno menjadi pihak pertama melanggar undang-undang kerana peraturan melarang diletak simbol parti politik di tempat awam adalah merupakan peraturan kerajaan.
“Jadi PAS Temerloh mahu Umno sendiri bersikap ‘pandai makan pandai simpan’ dengan segera menurunkan bendera mereka di tempat-tempat awam sebelum masyarakat yang sudah cerdik naik benci dengan gelagat sebuah parti yang memerintah,” katanya.
Tambahnya, tentulah tidak manis takdirnya ada kalangan penduduk mengambil tindakan sendiri merentap turun bendera Umno yang mereka tidak senang kerana mungkin boleh menyebabkan salah faham.-Harakahdaily
MUNGKINKAH INI MUKA FRUST SEBAB TAK DAPAT BALIK KAMPUNG:
Tak Perlu Alarm Yang Mahal,Doktor Ini Letak Jarum Yang Disuntik Virus HIV Disetiap Penjuru Rumah Untuk Elakkan Kecurian
SUMBER
Sunday, August 28, 2011
Gambar Aksi Kanak-kanak Disuruh Mencuri Oleh Ibunya Dirakam Kamera CCTV
Menurut pemilik kedai yang ketakutan, ibu mereka memberikan arahan dari luar kedai kepada kedua anaknya untuk mencuri minuman bersoda dan makanan ringan sebelum berlari keluar dari pintu kedai.
“Jika ini adalah bagaimana mereka berperilaku, bagaimanakah mereka akan berperilaku ketika berubah dewasa nanti?.” tutur Sammi Mohammed, tuan kedai yang mengeluarkan rakaman yang diambil dari kedainya.
Sumber : dailymail
Gambar Hakikat Seorang Ibrahim Ali
Syaitan Yang Bertopengkan Manusia: Anak Perempuan Dijadikan Hamba Seks,40 Tahun Bapa Perkosa Dua Anak Perempuannya
Dilapor BBC, Khamis, 25 Ogos 2011, bapa syaitan itu menahan kedua puterinya sejak usia 12 dan 4 tahun di sebuah dapur sempit di rumahnya di kota Branau, Upper. Dua wanita yang kini berusia 53 dan 45 tahun itu mengaku hanya diberi kerusi kayu untuk tempat tidur mereka.
“Kedua wanita mengalami penderaan mental dan menderita luka pukulan dan kekerasan lainnya,” kata Hermann Feldbacher, juru bicara kepolisian Provinsi Upper.
Polis mengatakan bahawa kes ini terbongkar pada bulan Mei, namun baru tersebar di media pada bulan ini. Kes terbongkar setelah tertuduh dipukul hingga pengsan oleh salah seorang mangsa yang juga anak kandungnya yang hendak diperkosa. Selama dua hari, mereka membiarkan sang ayah terbaring di lantai tanpa membantunya sedikitpun.
Salah seorang mangsa bapa syaitan itu akhirnya melarikan diri dan melaporkan kes ini ke seorang pekerja sosial yang meneruskannya ke polis. Tersangka yang ditemukan masih terbaring di lantai lalu dilarikan ke hospital.
Lelaki yang tidak disebutkan namanya ini dikenakan tuduhan mengurung, menganiaya dan melakukan pelecehan seksual terhadap kedua anaknya. Dia membantah semua tuduhan tersebut. Saat ini dia ditahan di penjara sementara menunggu proses mahkamah.
Menurut laporan polis, kedua anak perempuannya terpaksa menuruti nafsu serakah si ayah kerana takut setelah diancam dibunuh dengan garpu dan kayu. Ibu mereka yang telah meninggal tiga tahun lalu juga diduga menjadi korban penganiayaan. Saat ini kedua mangsa sedang dibantu oleh ahli terapi untuk mengatasi trauma dan penderaan mental yang mereka alami.
Ini adalah kes sumbang mahram kedua yang terjadi di Austria. Sebelumnya pada tahun 2008, Josef Fritzl, 74, divonis penjara seumur hidup setelah memperkosa anak kandungnya hingga melahirkan sebanyak tujuh kali.
Kes serupa juga terjadi pada tahun 2006. Natascha Kampusch berhasil lari dari penculiknya, yang telah menahan dan memperkosa dirinya di sebuah ruang bawah tanah selama lapan tahun. Tertuduh membunuh diri setelah wanita itu berjaya melarikan diri.-VIVAnews
sumber
BERITA BAIK UNTUK SEMUA: LOKASI SPEEDTRAP DISELURUH LEBUHRAYA
PLUS Arah Utara (Dari KL):(Area ni aku banyak kena saman)
1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)
PLUS Arah Selatan:
1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 – Km 249 (Persimpangan Seremban – Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit Sedenak
PLUS Tengah:
1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi
NKVE
1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara
4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
5- Betul2 di exit Shah Alam
KESAS
1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit Hicom
ELITE (Dari arah KLIA)
1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
2- Km 2 – Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ
4- Km 10 sebelum exit USJ
JALAN PERSEKUTUAN
1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)
8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)
9- Jalan Gambang – Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)
10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)
11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)
12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)
13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai
14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)
15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)
16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)
17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)
18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas
19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang
20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju
21- MRR2 berhadapan Mikro Cheras
Sumber
N'N:ingat duit banyak nak guna untuk beraya jangan bagi duit anda free2 kepada kerajaan zalim UMNO/BN.
Saturday, August 27, 2011
Apa Nak Jadi Dengan dunia Kita Ni: Dua Orang Lelaki Memperkosa Kambing
Gambar hiasan tiada kena-mengena dengan kejadian
Seorang penternak mengeluh apabila kambing miliknya telah diperkosa oleh dua orang pemuda di desanya. Insiden yang terjadi di wilayah pinggiran kota Mbucuta, Mozambique telah membuat kecoh kota tersebut.
Sebelumnya dua pemuda yang melakukan hal tersebut didapati tengah melakukan aktiviti seks dengan kambing milik penternak tersebut. Polis sendiri menangkap aksi kedua pemuda yang sepertinya sudah dipenuhi nafsu itu.
“Salah seorang pemuda ditemukan dalam keadaan telanjang dan sedang memegang kepala kambing. Sementara seorang lainnya sedang melakukan seks dengan binatang tersebut,” menurut laporan Radio Mozambique, seperti dikutip News.com.au.
Jaksa wilayah yang menangani kes unik ini, Leonides Mapasse menyatakankedua pemuda berkemungkinan besar akan menghadapi dakwaan atas tuduhan perlakuan tidak senonoh. Sementara pemilik kambing sendiri merancang untuk melayangkan tuntutan rasmi atas kes ini.
Tidak hanya itu, pemilik juga menuntut kedua pemuda tersebut membayar kerugian sekaligus melakukan tradisi pengganti pernikahan berupa “Lobolo”. Tradisi ini bererti membayar sejumlah wang atas tindakan perkosaan yang telah mereka lakukan.Hukuman yang selalu dikenakan keatas pelaku rogol manusia.(OKEZONE)
sumber
Ini Betul-betul Pelik,Ada rakyat belum daftar tapi nama tersenarai dalam sistem SPR
biar betul SPR ni.....
Aku tak pernah daftar pun, macam ner nama aku boleh ada???
KUALA LUMPUR, 26 Ogos — Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) hari ini mendedahkan berlaku kepincangan baru dalam daftar pemilih ekoran aduan bahawa ada rakyat yang masih belum mendaftar sebagai pengundi, namun nama mereka sudah terdapat dalam sistem Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu.
Menurut Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, rakyat juga harus melakukan semakan bagi memastikan maklumat peribadi dalam daftar pemilih lengkap dan betul.
“Akhir-akhir ini, Bersih 2.0 telah menerima beberapa kes di mana individu-individu yang belum mendaftar mendapati mereka dimasukkan dalam daftar pemilih. Terdapat juga kes di mana kawasan mengundi telah ditukar tanpa diberi notis,” katanya dalam satu kenyataan.
Justeru Bersih 2.0 yang dipengerusikan Datuk Ambiga Sreenevasan meminta semua rakyat sentiasa peka dan mengambil langkah bagi mengelakkan kepincangan berlaku.
“Oleh itu, Bersih 2.0 menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk mengambil langkah-langkah ringkas berikut untuk memastikan setiap warga Malaysia memastikan hak anda kepada pilihan raya yang bersih, bebas dan adil tidak dicabuli.
“Semak nama anda dalam daftar pemilih untuk memastikan maklumat anda dalam daftar pemilih adalah tepat, semakan boleh dilakukan di laman web SPR, Kami berharap kepada semua warga Malaysia tidak kira di dalam atau di luar negera untuk menyemak nama dalam daftar pemilih,” kata Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0.
Selain itu, kenyataan itu juga meminta: “Individu yang belum mendaftar untuk mengundi juga digalakkan untuk menyemak nama.”
Kata Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, sekiranya maklumat peribadi dalam daftar pemilih tidak betul, pihaknya meminta agar dikemukakan aduan kepada badan itu.
“Sekiranya anda mendapat tahu kawasan mengundi anda telah ditukar tanpa pengetahuan atau nama anda dilampirkan dalam daftar pemilih walaupun belum mendaftar, sila berikan maklumat terperinci kepada kami di info@bersih.org atau faks kepada 03-77844978.
“Sekiranya anda masih belum mendaftar untuk mengundi, sila mendaftar di pejabat-pejabat pos yang terdekat selepas Hari Raya Aidilfitri, jangan mengabaikan hak mengundi anda! Pastikan anda mengundi ketika pilihan raya nanti,” katanya.
Isu daftar pemilih menjadi hangat baru-baru ini ekoran pendedahan mengenai tindakan menukar status kewarganegaraan pemastautin tetap kepada warganegara dalam tempoh yang singkat dan ia mendapat bantahan kepimpinan Pakatan Rakyat.
Untuk memastikan pembaharuan sistem pilihan raya, pentadbiran Najib memutuskan untuk membentuk jawatankuasa pilihan khas Parlimen yang akan dianggotai wakil daripada Barisan Nasional (BN), Pakatan Rakyat dan Bebas.
Jawatankuasa pilihan khas Parlimen akan dibentuk rangka kerjanya berdasarkan lapan tuntutan Bersih 2.0. Sumber
Akibat Harga Rumah Terlalu Mahal di China Memaksa Warga China Ini Duduk Dalam Lori (9 Gambar)
Kredit:blogserius
Friday, August 26, 2011
Pakar Dari Luar Negara Ini Jadi Sangat Bingung Kerana:
Inilah isu yang membingungkan pakar DNA dari Australia, Dr Brian McDonald. Dr Brian Mcdonald menyifatkan penemuan daripada tiga calitan yang ditanda B7, B8 dan
B9 dari kawasan dubur pengadu sebagai "masih baik," McDonald (Gambar) memberitahu perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ia "tidak konsisten dengan sejarahnya".
"Ini kerana tidak ada tanda pencemaran dan sampel itu masih baik," kata McDonald mengenai tiga sampel yang diambil dari lubang dubur Saiful 56 jam selepas kejadian liwat didakwa berlaku, antara jam 3.01 petang dan 4.30 pada 26 Jun 2008 .
Saiful diperiksa oleh empat doktor di Hospital Kuala Lumpur antara jam 9 malam 28 Jun dan tengah malam 29 Jun 2008.
Pegawai penyiasat, Supt Jude Blacious Pereira - dalam keterangannya sebelum ini - berkata sampel tersebut disimpan dalam sebuah laci di pejabatnya yang berhawa dingin dan diserahkan kepada ahli kimia, Dr Seah Lay Hong pada kira-kira jam 7 malam 30 Jun 2008.
Semalam, McDonald, 60, memberitahu mahkamah bahawa sampel tersebut secara idealnya perlu disimpan dalam peti sejuk pada suhu -20 Celsius.-malaysiakini-
N'N:Nak menipu pakar kah3.....
Bila Mufti Perak Harussani Yang Selama Ini Menyokong UMNO Tiba-tiba Bantai UMNO, Memang Sakit Ahli-ahli Dan Pemimpin UMNO.
KUALA LUMPUR: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mempertahankan kenyataannya bahawa perpecahan Melayu dan Islam di negara ini disebabkan kelemahan kerajaan, yang berpunca dari amalan rasuah dan tidak amanah.
“Rasuah ini siapa pun akan marah. Sebab itu saya katakan yang lemah ialah kerajaan kerana rasuah dan tidak amanah. Dari situlah wujudnya kacau bilau dalam negara,” katanya ketika dihubungi Keadilandaily.
Bercakap dalam satu forum di Shah Alam baru-baru ini, Harussani mengeluarkan kenyataan bahawa beliau ada mengingatkan Perdana Menteri, Najib Razak tentang kerajaan yang lemah, tidak amanah dan rasuah.
Malah beliau turut mendedahkan pernah menasihatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya tidak memecat timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tuduhan liwat tanpa mengemukakan empat saksi.
Ia katanya, bagi mengelakkan perpecahan di kalangan orang Melayu-Islam.
Namun Mufti paling kanan di Malaysia dan pernah diberi gelaran sebagai ulama Pro Umno ini berkata, nasihat itu,tidak dihiraukan Mahathir.
Malah beliau turut memberi tiga nasihat kepada bekas Perdana Menteri selepas Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi , namun kesemuanya ditolak.
Ketika ditanya kenapa beliau kini dilihat berani mengkritik kerajaan, Harussani berkata, ia adalah menjadi kewajipan setiap mufti untuk menegur pemerintah.
“Kalau tak berani tegur, jangan jadi mufti. Sebab akhirnya nanti, di belakang-belakang (kerajaan) pun, kita akan kritik juga,”
“Sudah 54 tahun negara merdeka, tapi kedudukan ekonomi orang Melayu dan orang Islam masih ketinggalan. Ada pula yang salah anggap dengan apa yang saya katakan. Inilah dia masalahnya pemimpin-pemimpin Melayu,” katanya lagi.
Mufti yang dilihat lantang dalam isu Melayu-Islam itu menambah, kedudukan setiap rakyat di negara ini akan terbela dan terpelihara sekiranya semua pihak kembali kepada perlembagaan.
“Semua akan terbela jika semua faham dengan perlembagaan. Tak perlulah sampai nak diada-adakan perlembagaan yang baru. Untuk negara ini, kalau kita kembali kepada perlembagaan, semua akan selamat,” kata beliau.
Sumber
N'N:Mungkin bulan Ramadhan ni Mufti Perak sedar tak guna nak sokong UMNO yang kuat Rasuah tu....
Kejam Dan Gila:Anak 5 Tahun Yang Tak Sengaja Rosakkan Televisyen Mati Kerana Dipukul Ibu Kandungnya
Gambar Bukti Bloggers UMNO Menipu di Bulan Ramadhan Yang Penuh Barakah Ini:
Kalau tak menipu bukan amenolah namanya. Perkara ini memang dah jadi sinonim untuk sesetengah blog-blog pro Umno. Semasa prosiding kes liwat II di makhamah dikejutkan dengan pendedahan yang Jabatan Kimia tidak mempunyai tauliah daripada ASCLD maka kemudian tersiarlah gambar sijil yang menggunakan sistem PDF di sesetengah blog pro umno....kononnya nak menunjukkan FAKTA di makhamah itu satu penipuan.
Diatas adalah gambar yang aku ambil dari dalam blog-blog pro umno yang kononnya menunjukkan Sijil yang diperolehi oleh Jabatan Kimia Malaysia. Kalau kita lihat di sesetengah blog gambar tersebut menggunakan program PDF. Kenapa menggunakan PDF sebab ..............Hu hu hu ?
Aku akan bongkarkan kenapa gambar ini gambar photoshop. Tapi perkara ini hanya dapat dilihat apabila kita membuka gambar asal yang dipaparkan di sesetengah blog pro umno yang menggunakan program PDF sahaja. Aku akan gambarkan melalui print screen seperti dibawah.
Ini adalah seperti gambar yg tertera apabila kita membuka menggunakan PDF Kalau kita lihat secara mata kasar kita tak akan dapat tahu yang sijil ini adalah sijil photoshop....kalau pun ada perbezaannya adalah dari sudut format tulisan. Kita terus ke langkah seterusnya. Naikkan mouse ke atas ( bahagian antara nama & logo). Klik kan disitu dan paparan akan menunjukkan tanda kotak. Ini menunjukkan teknik tampalan.
Selepas di klik akan keluar seperti ini.
Seterusnya klik pula dibahagian tandatangan....di sini tandatangan terbahagi kepada dua bahagian. Ini menunjukkan bahagian tandatangan ditampal 2 kali...
Dan yang terakhir sekali shiftkan semua bahagian.....
Hu hu hu wahai blog-blog penjilat umno.....agak kurang bijak bila convertkan sesuatu program itu kepada sesuatu program yang lain kerana ia tidak akan mengubah dasar program yang asal cuma ia hanya mengubah paparan sahaja. Aku tak pastilah program apa yang digunapakai untuk membuat sijil ini sebelum di convertkan ke program PDF tetapi convert file tidak akan merubah dasar sesuatu file tu. Jika ianya gambar dan diconvertkan ia tak akan terpecah kepada beberapa bahagian dan bila ia terpecah-pecah ini menunjukkan sijil diatas ini dibuat bukanlah gambar atau sijil yang asal.....
Sumber:DCM